HiLight

Sunday, 22 June 2014

BAYI - ANUGERAH ILLAHI






10 Cara Mengajar Anak Dari Peringkat Bayi

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang

Eiii BUSUK!! BAU LONGKANG??








YUMMY ! TAPI TINGGI KOLESTEROL??



 Kolesterol Tinggi dan Cara Mengatasi 
------------------------------------------

1. Berhenti merokok

2. Hindari minuman alkohol secara berlebihan

3. Berolahraga secara teratur untuk meningkatkan kadar HDL dan trigliserida

4. Jalani gaya hidup sihat dengan diet rendah lemak jenuh dan kolesterol

5. Tingkatkan mengambil karbohidrat kompleks, buah2an dan sayur-sayuran

6. Mengambil makanan berserat yang diketahui dapat mengurangi penyerapan lemak di usus halus, sehingga memicu terjadinya penurunan kadar lemak dalam darah.

7. Minyak ikan yang mengandung asam lemak omega 3 dalam beberapa kes dapat menurunkan kadar kolesterol darah.

8. Jika ada riwayat hiperlipidemia dalam keluarga, periksa kolesterol darah secara berkala minima dua kali setiap semester atau (2 kali dalam 6 bulan ). Hal ini untuk menghindari berbagai komplikasi yang tidak diinginkan.














FAKTOR KENAPA KOLESTEROL MENCANAK TINGGI!




 FAKTOR KOLESTEROL SEMAKIN MENAIK 
-------------------------------------------------------

 2 faktor penting :
------------------------

1. Faktor yang tidak dapat dikawal
------------------------------------------ 
a) Keturunan. 
- Apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak memiliki bakat untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko gangguan kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak berbanding orang tua.

b). Usia.
- Setelah usia 20, kolesterol cenderung meningkat. Pada kaum lelaki, kolesterol akan mudah naik setelah umur 50 tahun. pada wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah menopause.

2. Faktor yang dapat dikawal
----------------------------------

a. Makanan telalu banyak lemak jenuh, seperti mentega, biskuit, dan fast food (makanan siap saji)
b. Berlebihan berat badan
c. Kurang berolahraga
d. Merokok
e. Gaya hidup yang tidak sehat
f. Stress
g. Diabetes mellitus
h. Minum kopi berlelbihan
i. Diet yang salah
j. Obesiti

KOLESTEROL vs LEMAK

 NAK BAGI PAHAM PASAL KOLESTEROL vs LEMAK 
----------------------------------------------------------------
Kolesterol selalunya disamakan dengan lemak. Memang ada kesamaam di antara keduanya, tetapi sebenarnya, keduanya tidaklah sama. 

Dari struktur kimianya, kolesterol dapat digolongkan ke dalam keluarga lemak. Namun, lemak sendiri tidak hanya berupa kolesterol namun terdiri atas banyak komponen misalnya, lemak yang berasal dari tumbuhan (lemak nabati) bukanlah kolesterol melainkan fitosterol.

Fitosterol memang memiliki struktur kimia yang mirip dengan kolesterol tetapi dia berbeza dengan kolesterol. Perbezaan tersebut terlihat nyata dari cara kerjanya di dalam tubuh yang berlawanan dengan kolesterol yakni menghambat penyerapan kolesterol di saluran pencernaan.

Karena banyak yang berpikir bahwa kolesterol sama dengan lemak, banyak juga yang berfikir orang gemuk-banyak kolesterol dan orang kurus-sedikit kolesterol. Pandangan tersebut jelas keliru. Ingat, kolesterol termasuk dalam keluarga lemak. Tapi lemak belum tentu berupa kolesterol.




Saturday, 21 June 2014

VITAMIN E COMPLEX

ADAKAH ANDA TAHU ??
===================




 ✔️SELENIUM

Kombinasi Vitamin E dan Selenium melambatkan proses penuaan. Selenium diperlukan untuk penghasila gluthathione peroxidase yang merupakan antioksidan utama di dalam setiap sel tubuh.

Vitamin E dan Selenium juga membantu kesuburan lelaki dan wanita. Lelaki memerlukan Selenium lebih berbanding dengan wanita kerana lelaki akan kehilangan Selenium melalui pengeluaran air mani. Vitamin E dan Selenium membantu meningkatkan penghasilan sperma yg berkualiti.


✔️ Kelebihan GRAPE SEED EXTRACT

Mengikut kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara KONSISTEN.

Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.




KHASIAT-KHASIAT VITAMIN E SHAKLEE :


  •  Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
  •  Kulit semakin halus, gebu dan licin.
  •  Mengurangkan jeragat, parut dan jerawat.
  •  Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk  awet muda.
  •  Mencegah pembentukan parut hodoh (tebal) dari luaran  tubuh (apabila disapu terus pada kulit - ia juga boleh  diserap masuk melalui kulit)dan juga dari dalam badan.
  •  Mempercepatkan penyembuhan luka yang disebabkan oleh  terkena benda panas/terbakar.
  •  Mengekalkan kesihatan saraf dan otot.
  •  Meningkatkan kesuburan.
  •  Menyelesaikan masalah kelesuan.
  •  Meningkatkan keinginan seksual suami isteri.
  •  Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat. 
  •  Merendahkan kadar kolesterol dan risiko penyakit  jantung/strok.
  •  Membantu mencegah kanser.
  •  Merendahkan risiko katarak.

Perbezaan Vitamin E shaklee dengan kat pasaran?

 
* diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum,yg kaya dengan vit e,d-alpha tocopherol yg aktif diekstrak secara fisiologi dan digabung dgn 8 jenis vitamin e (alpha ,beta,gamma,delta)

*mengandungi 10mg selenium semulajadi yg membantu tubuh kita menyerap vitamin e,pelihara membran sel-sel darah merah dan tisu-tisu otot.

*penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa,kadmium dan kukuhkan antioksidan dan melindungi retina.

Yg penting TIADA PERISA,PEWARNA DAN PEMANIS TIRUAN . 

Semuanya Bahan Semulajadi.

CALL ME @ 012-338 1051 ( JIJAH )

Friday, 20 June 2014

Loss 10kg dengan 10 jenis makanan.


1. Kedelai
 -  Kandungan protin dalam kedelai yang tinggi sangat baik untuk tubuh anda.
 -  Kedelai juga mampu membatkan anda berasa kenyang dalam masa yang lama. 
 -  Dengan kata lain, Kedelai boleh membuatkan anda meneruskan aktiviti harian anda tanpa memikirkan makanan sebagai aktiviti utama anda.

2. Sup sayur
-  Nikmati hidangan sup sayur diawal sajian makanan anda sebelum anda menikmati hdangan berat yang lain.Ini secara tidak langsung akan dapat membantutkan pengambilan hidangan tambahan berat yang lain kerana anda telah berasa kekenyangan dengan sajian Sup Sayur diawal hidangan tadi.

3. Dark Chocolate
-   Kajian di Copenhagen menayatakan bahawa dark chocolate lebih dianjurkan memakannya berbandingkan dengan milk chocolate bagi individu yang berdiet dan tak mampu menghalang ketagihan cokelat.

4. Sayur-sayuran
-   Masaklah sayur-sayuran dengan cara merebus atau menumis dengan jumlah minyak yang sedikit.
-   Memasak dengan kaedah ini hanya akan menyumbangkan kalori yang sedikit @ lebih rendah.
-   Masakan yang mengandungi banyak serat akan memberikan rasa kenyang yang lama. 
-   Amatlah di sarankan didalam mana2 diet, sayuran hendaklah diambil lebih berbanding buah didalam portion makanan.

5. Telur & Sosej
-   Protin memiliki sifat yang mengenyangkan.
-   Dalam kajian dibuat keatas beberapa orang wanita yang obes menunjukkan bahawa mereka yang memakan telur dan sosej semasa sarapannya akan bertahan kekenyangannya sehingga ke lewat petang berbanding dengan sarapan yang lain.

6. Kacang-Kekacang
-   Memang dipercayai dari dahulu lagi bahawa kacang-kacangan dapat menurunkan berat badan.
-   Almond adalah salah satunya. Setelah menikmati Almond, maka anda akan merasakan bahawa selera anda tiada / kurang untuk menikmati sajian yang lain selepas itu.

7. Apel
-  Apel memiliki paras kadar antioksidan dan serat yang tinggi. 
-  Buah Apel akan menghantarkan isyarat ke otak mengatakan perut telah kenyang dan ia tidak perlu lagi diisi dengan makanan tambahan. :-D

8. Yogurt
-   Kajian di Universiti Harvard menyatakan bahawa yogurt dapat menurunkan berat badan. Kajian dilakukan terhadap 120,000 orang yang telah memakan yogurt.

9. Anggur
-   Kajian doktor di San Diego menyatakan bahawa anda boleh kehilangan berat sehingga 3.5 pound dalam masa 12 minggu dengan hanya menikmati buah anggur sahaja.

10. Cinch Shake Shaklee
-  Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. 
-  Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.


CALL / WA @ 012-3381051 ( JIJAH )



Words " JANGAN MENUNGGU "


13 kata “JANGAN MENUNGGU” yg perlu dihindari:
*************************
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….

5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.

11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.

12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!

13. Jangan menunggu waktu luang utk Allah,
Tapi luangkan waktu utk Allah,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama....


Sunday, 15 June 2014

Tips : 8 method khatam Al-Qur'an

#5 Entry : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Bersempena Ramadhan bakal menjelang, di lampirkan bersama tips2 yang perlu diambil kira untuk merealisasikan impian dan harapan semua muslimin muslimah di Ramadhan Al-Mubarak nanti. In Shaa Allah azam saya nak khatam Qur'an di Ramadhan ini. Amin.
Moh kite  !!

Wednesday, 11 June 2014

Super PANTAS turunkan BMI

#4 Entry : Turunkan BMI





Jawapan : CUT !! CALORIES !!



The easiest way to lower your BMI is to simply cut out foods that are high in calories, fat (especially saturated or trans fats), sugar, and sodium. These foods are usually fast foods such as McDonalds, greasy pizzas, burgers, etc. Also avoid having large meals but instead eat smaller meals more spread out through out the day. This helps increase metabolism and you will feel more energetic because your stomach will not be working too hard digesting very large meals. Basically removing unhealthy foods and spreading your meals out is the best way to lose any unwanted weight. Other ways are to eat more healthy foods such as whole grains, nuts, fruits and vegetables. Combine all this with daily exercise and you will be able to obtain a healthy body weight in no time! 




Kenali BMI anda dahulu.. Caranya?


#3 entry : BMI

Tahu tinggi anda?
Tahu berat anda?

Tak perlu susah nak kira. Hanya keyin nombor2 tersebut di tempat yang dsediakan.
Hasilnya anda akan tahu BMI anda, sekaligus anda akan tahu anda di kategori mana. 

ANDA boleh terus ke link ini http://bmicalculator.cc untuk membuat pengiraan.





ANDA KATEGORI MANA?





Tuesday, 10 June 2014

ANDA !! Mahu Slim + Sihat??

#2 Entry : Untuk Kurus + Sihat


SHAKLEE vs Anak_ku

#1 Entry :



Anak Shaklee ku yang Creative & Petah
--------------------------------------
BIODATA
--------

Nama : Amir Rizky Hafiy
Umur : 5 tahun

Product Shaklee yang diminati : 
Mealshakes ( Untuk tambah selera )
Nutriferon ( Kulit rashes - aczema )
Chewable Vitamin C ( Daya Tahan Penyakit )